Hujung minggu pasti anda akan keluar bersama-sama rakan atau keluarga. Tapi bila sampai giliran mahu membayar, baru perasan lupa untuk membawa dompet. Pernahkah anda mengalami situasi ini? Hal ini membuatkan anda rasa berat untuk singgah membeli barangan lain kerana lupa membawa dompet. Duit dalam e wallet juga baru dihabiskan. Sebelum nak pinjam duit rakan atau mak ayah, mari lihat tempat simpan duit paling bagus sebelum tiba waktu gaji.
Jika anda pandai untuk mengasingkan duit awal-awal untuk kegunaan kecemasan,pasti anda tidak akan mengalami masalah yang disebutkan tadi. RM20 hingga ke RM50 mungkin sudah cukup utk “cover” perbelanjaan sebelum hari gaji.
Berikut merupakan tempat-tempat paling bagus untuk anda simpan duit sebelum gaji.
- Name tag holder
Tempat ini mungkin berkesan kerana anda telah tetapkan had untuk perbelanjaan hari tersebut semasa waktu bekerja. Anda mungkin akan sangkut kan hanya RM10-RM20 dan hal ini membolehkan anda tidak melebih-lebih dalam berbelanja. Belilah name tag holder yang cantik dan memudahkan untuk anda suka gunakannya hari-hari.
- “Multi-purpose” casing handphone
Tempat ini juga sama kegunaan seperti name tag holder. Handphone merupakan barang yang anda pegang hampir 24jam dari bangun tidur sampailah waktu tidur. Jadi untuk lupa bawak handphone ke tempat kerja ada lah sangat mustahil. Anda juga akan selitkan RM10-RM50 di celahan casing handphone yang multipurpose boleh letak duit. Casing-casing ini mudah betul untuk dapatkan dimana-mana seperti Shopee. Tinggal perlu cari dan cek keluar.
- Celahan “rahsia” dompet
Semua orang pasti akan ada celahan dompet yang orang lain tidak tahu. Hanya si pengguna yang tahu dimana tempat rahsia itu. Oleh itu, tempat ini juga adalah tempat yang paling berguna untuk anda simpan duit sebelum anda habiskan duit yang sedia ada. Selitlah RM20-RM50 di celahan tersebut, mana la tahu tiba-tiba duit habis dan andab oleh gunakan duit celahan tersebut di waktu-waktu kecemasan.
- “Dashboard” kereta
Kereta anda pasti mempunyai dashboard. Terdapat beberapa komponen dalam kereta yang anda boleh jadikan tempat untuk simpan duit waktu kecemasan. Namun pastikan tempat tersebut tidak tersumbat gara-gara cara anda simpan duit tu. Jangan juga dilupa untuk ambil duit tersebut sekiranya anda menghantar kereta ke tempat cuci supaya tidak disedut oleh vakum.